Thursday, February 24, 2011

Junior Doc #1

“errr.. aaarr…” teriak kecil seorang Pak Cik Amri kedengaran tatkala die menghulurkan tangan kirinya ke meja yg tercatat ‘Glukosa Darah’.

“Pak Cik pernah buat tak benda nie?” sapaku mesra.

“Pernah, banyak dah. Tapi rasa seriyau (gerun) tu mesti ada kalau nak kena cucuk nie.”

Balas Pak Cik Amri, cuba menafikan keresahan beliau.

“haha.. tak de apelah pak cik. Rase sikit je. Macam kene gigit semut je.” Balasku, cuba mententeramkan kegusaran hati pak cik ni sambil tangan dan penglihatanku sibuk menyediakan bahan-bahan untuk mengambil dan mengira kandungan gula dalam darah (Glucose level).

“Cucuk je dia nie kuat-kuat. Dia nie memang penakut. Haha..” sindir PakCik Jusoh, rakan Pak Cik Amri yang sedang menunggu giliran di bawah khemah urusetia itu. Aku tersenyum dengan kerenah penduduk Kampung Panching Selatan yang julung-julung kalinya mengadakan majlis seperti ini di sana.

#-----------------------------------------------------------------------------------------------------------#

Perancangan

Hati terasa kosong. Jadual aktiviti yang berlegar dalam benakku tidak menunjukkan sebarang pengisian untuk keesokkan harinya, Ahad. Walaupun dalam kotak minda aq nie hanya penuh terisi dengan jadualku untuk aq menelaah nota2 Microbes, Parasitology dan Pharmacology pada hujung minggu ini, anggota-anggota badanku seakan-akan memberi isyarat kepadaku, perlunyamereka digerakkan dengan aktiviti2 amal. Walaupun sebagai student medic yang secara amnya, nota2 lecture menjadi teman sampingan di kala kelapangan, aq merasakan tidak cukup bagiku, untuk sekadar berdepan dengan perihal-perihal akademik semata-mata. Teringat kata-kata naqib usrahku,

“Di dalam dunia ini ada dua jenis golongan manusia, dibahagikan melalui cara pemikiran mereka. Salah satunya, melalui akal, dan satu lagi, melalui hati. Jika dilihat dari prospek pemikiran melalui akal sahaja, individu tersebut hanya menerima sesuatu input, secara direct, tanpa penilaian yang lebih dinamik. Contohnya, golongan pelajar medic,mahupun doctor. Mereka hanya belajar, menerima, dan mengeluarkan output sepertimana doctor-doktor yang tipikal”

“Berbalik pula kepada golongan kedua, golongan yang menggunakan hati,sesuatu perkara itu ditafsirkan kepada bentuk yang lebih luas, skop yang meliputi ‘out-of-the-box’ criteria. Selalunya, aspek ini dilihat oleh pemimpin-pemimpin sesuatu organisasi, tidak semata-mata mentafsir sesuatu benda yang tersurat, malah lebih kepada tersirat”

Tapi aq memilih kedua-duanya.Doktor dan pemimpin.

Doktor Zaim.

Usai menelaah beberapa helaian nota Microbiology di bilik Azam, tersentak benakku untuk menanyakan tetang aktiviti Azam keesokan harinya. Azam, sebagai Ketua Batch Zenith 14, dan orang yang paling otai dalam batch kami, padanya tersingkap pelbagai ciri kepimpinan yang jitu. Tengok saja jadual beliau di kala hujunghujung minggu. Padat. Penuh aktiviti-aktiviti berilmiah dan dakwah. Kadang-kadang terpikir sejenak, mampukah aq menjadi seperti dia? Sudah lama aq tinggalkan nilai kepimpinan dalam diriku sejak aq menggenggam segulung sijil SPM. Aq nafikan segala jawatan yang cuba diamanahkan kepadaku. Bukan apa, tapi niatku, selepas tamat SPM, aq mahu tumpukan sepenuhnya perhatianku pada bidang akademikku. Tapi aq tahu, semua itu memakan diri.

“Azam, esok, kau ade program ape?” aq memulakan bicara.

“hurm.. esok, aq ade kene tolong medical check-up. Dekat Sg Panching.” balas Azam sambil matanya melirik ke arah pemuka computer ribanya.

“Nak ikut!” suaraku agak keriangan. Mungkin teruja untuk menjadi sukarelawan bagi program medical checkup ini. Pengalaman kali pertama membantu pelajar-pelajar senior tahun 4 di Masjid Sekilau menambahkan minat aq untuk memahirkan lagi diri untuk men’handle’ atur cara medical check up ini.

“Sape lagi yang pergi?” tanyaku dengan penuh semangat.

“hurm.. aku je, dan beberapa orang sisters UIA. Nak pergi betul ke ni?” Azam membalas.

“Eh, mestilah nak. Tapi kenapa ko sorang je?” aq kehairanan. Selalunya, program medical check-up ini memerlukan beberapa sukarelawan untuk menjadi petugas di setiap stesen-stesen ujian tertentu.

“Macam nie sebenarnya. Program itu di bawah anjuran badan perhubungan wanita PAS kat Sg Panching. Diorang macam nak berkempen lah. So, ade medical check-up percuma untuk warga-warga penduduk di sana.” Azam cuba menerangkan situasi sebenar.

Politik.

Perkara yang aq tidak berapa suka. Berpolitik. Kadang-kadang, aq terfikir, perlu ke semua ini? Semenjak aq tarik diri dari dunia kepimpinan, aq jemu dengan kerenah-kerenah birokrasi di dalam sesebuah kepimpinan. Mungkin inilah sebab kenapa aq memilih untuk mendiamkan diri tatkala raka-rakan karibku berbicara tentang politik sesama mereka. Dari seorang pemimpin, aq jadi pendengar, penurut perintah, mahupun freelancer.

Niat. Etika seorang doctor. Politik.

Yang mana satu pilihan aq? Jika aq menerima tugas sebagai sukarelawan di bawah naungan sesuatu badan politik, lebih-lebih lagi parti politik pembangkang, secara tidak langsung, aq tertakluk di bawah perundangan AUKU (aq sdri tidak beberapa memahami isi dan pelaksanaan AUKU) secara tidak langsung. Satu, sebagai penuntut di university tempatan. Kedua, sebagai petugas perubatan yang terikat dengan etika-etika kedoktoran.

Namun, aq memilih niat aq.

Niat untuk menolong orang lain. Niat untuk memahirkan diri dengan skil-skil klinikal dan komunikasi. Niat untuk mendapatkan keredhaan Ilahi dengan amalan aq yang diniatkan semata-mata kerana Allah. Justeru, aq memilih untuk hadir ke program tersebut sebagai sukarelawan petugas perubatan.

Perjalanan.

Azam mengingatkan aq untuk bersiap seawal jam 8 pagi lagi. Setelah bersiap, aq memlilih untuk berpakaian kasual, tidak terlalu formal, cukup sekadar t-shirt berkolar, seluar slack dan bersandal kemas. Sedan-sedan dengan tema majlis, agaknya. Kereta Kancil berplat WKA **** kepunyaan Azam mula mengaum-ngaumkan bunyi enjinnya, memecah kesunyian pagi yang mungkin hanya diselangi bunyi dengkur penghuni mahallah Talhah 8 di perumahan Indera Mahkota 2, Kuantan ini. Mungkin aq pun akan bersama dengan mereka, dibuai enak dingin pagi bertilamkan tilam empuk sekiranya tiada aktiviti pada setiap hujung minggu. Malah, pagi hujung minggu boleh dikatakan sebagai hari pembebasan kepada kami dari kesibukan jadual kelas yang amat padat, lebih-lebih lagi di block 3 yang mencabar ini.

Sebelum kaki melangkah masuk kenderaan kami, aq mencapai 2 bungkus roti coklat untuk sarapan dan benda yang paling penting, buku nota Pharmacology. Bajet? Poyo? Skema? Sebab bawak buku nota? Kolot rasenya jika aq berfikiran sedemikian. Ilmu hendaklah dihormati, dipelajari walau di mana-mana. Sama jua lah dengan zikrullah, amat-amat digalakkan dilakukan di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Lagipun, Isnin ni, Dr Anil ingin mengadakan satu sesi tutorial berkenaan topic-topik yang telah diajari beliau. Aq perlu berusaha. Hehe. Azam lagi hebat, dibawanya buku Memoir Tragedi Memali, sebuah novel sejarah berkaitan salah faham agama satu ketika dahulu di Memali. Kematangan. Itulah Azam.

1 comment:

  1. Like2..bagus tinta dakwah.
    Teruskan kema, jadi insan yang betul...stakat dr yg pakai akal ajer..kawan aku yg non-muslim pown bleh jadi..

    -hafiz-

    ReplyDelete